Maklumat Yayasan
Yayasan NDE, yang ditubuhkan pada 25 Februari 2020, merupakan sebuah organisasi kebajikan yang komited dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,
khususnya golongan fakir miskin serta individu yang menghadapi kesukaran kewangan. Yayasan ini turut berperanan dalam memupuk budaya bantu-membantu dan tanggungjawab
sosial bagi membentuk komuniti yang lebih prihatin dan berdaya tahan. Melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik, Yayasan NDE berusaha mengurangkan jurang sosioekonomi
serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara menyeluruh.
YNDE telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) dan mula beroperasi pada 25 Februari 2020 dengan nombor pendaftaran 1363068-H.
Selain itu, YNDE telah memperoleh kelulusan potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang berkuat kuasa dari 01 Oktober 2023 hingga 30 September 2028 (selama 5 tahun) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
(Nombor Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8789)
Alamat:
Yayasan NDE
C-19, Jalan Raja Udang 1 ,
Business Riverfront,
Kemaman, Terengganu.
Darul Iman.
No. Tel: 03-3345 9900
Emel: admin@yayasannde.com
Laman Web: www.yayasannde.com