SOSIAL
Menjadi keutamaan bagi satu organisasi dalam menjaga kebajikan sosial. Yayasan NDE melihat peranannya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menghulurkan bantuan dalam mengurangkan beban rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Inisiatif yang disediakan termasuklah bantuan kepada keluarga yang berpendapatan rendah, bantuan segera
iaitu apabila berlakunya musibah seperti bencana alam, kebakaran serta sumbangan bagi majlis keagamaan.